Entri 1
Teks : SITI HAWA OTHMAN
Foto : SITI HAWA OTHMAN
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dan terima kasih Allah diatas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Kadang- kadang tanpa kita sedari, kita selalu alpa , selalu mengeluh , sering lihat akan kekurangan yang ada, tidak melihat nikmat kurniaan yang banyak daripada Allah S.W.T.
Astargfirullah... istifar sekejap.
Saya pemilik blog ingin memperkenalkan diri . Nama diberi Siti Hawa Othman, seorang suri rumah bekerjaya, seorang ibu kepada dua orang puteri : safiyya solehah dan nur sumayyah. Isteri kepada seorang suami yang penyayang, Mohd Saiful Nizzam Bin Mohd Nasir.
Kerjaya saya sebagai seorang tenaga pengajar Bahasa Mandarin bukan la mudah, dengan panggilan cikgu hawa @ hawa laoshi telah menjadi sinonim dengan saya. Usaha yang berterusan selain doa dan tawakal pada Allah sahaja kunci kejayaan.
Saya mendapat pendidikan bahasa mandarin seawal usia 5 tahun di tadika Keh Seng Melaka, dan melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah jenis kebangsaan cina Keh Seng Melaka. Selama 6 tahun di sekolah rendah cina, saya telah menunjukkan kesungguhan dalam menimba ilmu, mak dan ayah saya tanpa berfikir panjang terus menghantar saya ke Sekolah Menengah Pay Fong untuk pembelajaran di peringkat menengah selama 6 tahun. Sekolah ini adalah sebuah sekola swasta beraliran cina mandarin , di mana buku buku teks , bahasa penyampaian dalam kelas semua adalah bahasa Mandarin. Boleh dikatakan zaman persekolahan saya, banyak bergaul dengan masyarakat cina, lebih 10 tahun juga la. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dalam perakaunan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) selama 3 tahun. UTAR boleh dikatakan universiti yang 90% adalah orang cina, hanya 2-3% adalah orang melayu, saya termasuk dalam kelompok tersebut. Pengalaman dan suka duka sewaktu bergelar mahasiswa sangat saya rindui. Saya pernah tinggal serumah dengan kawan se-universiti yang berbangsa cina. Walaupun begitu, tidak menjadi masalah bagi saya sebab mereka mudah faham akan cara orang melayu islam. saya selesa apabila bersama mereka.
Dibekalkan dengan segulung ijazah dalam bidang perakaunan, saya pernah bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu audit. Kebolehan berbahasa Mandarin memudahkan saya berkomunikasi bersama rakan sekerja, client dan juga bos. Pada masa yang sama, saya menjadi tutor sambilan mengajar tuisyen di rumah, ke rumah pelajar dan di pusat tuisyen. Disitu bermulanya minat saya dalam bidang pengajaran. Disebabkan niat saya agar kebolehan berbahasa Mandarin saya tidak hilang, saya meletakkan fokus saya dalam pengajaran Bahasa Mandarin. Kelas Sifu Mandarin merupakan "Bisnes" yang saya serta suami usahakan. Misi kami agar Kelas Sifu Mandarin menjadi medium rujukan pembelajaran Bahasa Mandarin di Malaysia.
Pengalaman mengajar Bahasa Mandarin kepada badan badan korporat, individu dewasa, pelajar kanak kanak dll, yang kini menjangkau 5 tahun (sekarang tahun 2016) merupakan pengalaman yang bernilai buat saya.
Penyertaan saya bersama ABDR, adalah ingin menambah ilmu tentang penjenamaan diri dan perniagaan yang saya jalankan bersama suami. Misi utama Kelas Sifu Mandarin adalah menjadi medium pembelajaran bahasa Mandarin di Malaysia. Selain itu, saya ingin menambah ilmu serta belajar cara yang betul untuk berkongsi pengalaman , kepakaran dan minat saya dalam pembelajaran bahasa mandarin melalui penulisan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang jauh lebih berpengalaman, memberikan saya semangat dan panduan yang lebih berguna untuk dunia dan akhirat.
Saya berdoa agar Allah SWT memberikan ilmu pengetahuan yang luas agar dapat mengajar dan berkongsi dengan lebih ramai masyarakat di luar sana, supaya lebih ramai boleh berbahasa Mandarin. Bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, malah boleh juga berdakwah secara tidak langsung. Amin.
Salam perkenalan daripada saya, Siti Hawa Othman @ cikgu hawa dari Kelas Sifu Mandarin.