Entri 4
Teks : Siti Hawa Othman
Foto : Siti Hawa Othman
Assalammualaikum.
早安 zao an.
Selamat pagi.
Alhamdulillah. Hari ni laoshi nak kongsikan dua faktor utama pelajar pelajar laoshi di kelas sifu mandarin tekun dan berusaha mempelajari bahasa mandarin.
Kelas Sifu Mandarin adalah kelas mempelajari bahasa mandarin untuk orang dewasa dan kanak kanak yang laoshi kendalikan di ampang dan shah alam. Kelas sifu mandarin yang telah bertapak menjangkau 5 tahun pada tahun 2016 ini, telah melahirkan individu individu yang daripada Zero Mandarin kepada celik bahasa Mandarin. Laoshi panjatkan kesyukuran pada Allah SWT di atas kurniaan Ilmu ilmu yang dipinjamkan ini.
Dua faktor utama pelajar pelajar di kelas sifu mandarin mempelajari bahasa mandarin adalah (1) keperluan pekerjaan dan (2) mencabar diri mempelajari bahasa ketiga.
Persekitaran yang dikelilingi dengan mereka yang berbahasa mandarin , dari peringkat bos - kawan sepejabat - pelanggan - prospek - juga junior (90% berbahasa mandarin ) menjadi faktor utama pelajar di kelas Sifu mandarin mempelajari bahasa mandarin.
Ada juga pelajar di kelas sifu mandarin menjadikan pembelajaran bahasa mandarin satu cabaran buat mereka. Disamping boleh meningkatkan kualiti diri, mereka boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Hasil yang mereka perolehi setelah mempelajari asas bahasa mandarin selama 2 bulan, mereka bukan sahaja boleh faham apa yang diperkatakan (walaupun bukan sepenuhnya) dalam bahasa mandarin , mereka juga boleh berkomunikasi secara asas dalam bahasa mandarin. Pencapaian tersebut sungguh sungguh mengembirakan mereka.
Amin. Syukur. Tidak sia sia laoshi ajar.
Baiklah, semoga perkongsian kali ini memberi inspirasi buat anda untuk melakukan tindakan yang sama : mempelajari bahasa mandarin
Nota Kaki :-
Boleh hubungi 013 211 3218 (en saiful) untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Kelas Sifu Mandarin (Ampang) dan kelas sifu mandarin (Shah Alam).
No comments:
Post a Comment