Tuesday, 20 September 2016

Tiga Tips Asas Mempelajari Bahasa Mandarin

Entri 3

Teks: SITI HAWA OTHMAN
Foto: SITI HAWA OTHMAN


Assalammualaikum.

你好 ni hao.

Bahasa Mandarin ialah salah satu dialek yang digunakan oleh masyarakat cina di dalam dan luar Malaysia. Kantonese, Hokien, hakka dan lain lain juga termasuk dialek masyarakat cina. 

Bahasa Mandarin menjadi dialek masyarakat cina yang paling utama, ini kerana lebih daripada 1.3billion populasi dunia menggunakan  bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantara seharian mereka. ini menunjukkan bahawa bahasa mandarin sangat sangat digalakkan untuk kita pelajari.

Namun begitu, adakah anda tahu bahawa bahasa Mandarin ialah bahawa yang bernada. Tulisannya juga yang dikenali sebagai Hanzi berbentuk logogram. Ini memberi kesukaran kepada individu yang ingin mempelajari bahasa Mandarin dari peringkat zero.

Disini, hawa laoshi ingin kongsikan tiga tip asas mempelajari bahasa Mandarin.

Tip asas belajar bahasa mandarin yang pertama ialah dengan belajar mendengar kosa kata, frasa atau ayat dalam bahasa mandarin yang mudah kita tangkap.

Tip yang kedua ialah belajar sebutan nada mandarin dengan betul.  bahasa mandarin mempunyai 4 nada utama yang berbeza. Perbezaan di antara nada nada tersebut memberi maksud yang berbeza. 

Tip asas belajar bahasa mandarin yang ketiga ialah mengajuk cakap orang yang berbahasa cina. Kita boleh mengajuk cakap bahasa mandarin dengan mempelajarinya melalui cerita cerita di televisyen.  Ini boleh membantu anda bukan sahaja penguasaan sebutan malah menambah penguasaan kosa kata anda dalam mempelajari bahasa mandarin.

Baiklah, itu sahaja perkongsian laoshi kali ini iaitu tiga tip asas mempelajari bahasa mandarin. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. mohon sebarkan pada sahabat sahabat anda.

Terima kasih. 
谢谢 Xièxiè (siyek siyek). 


Jumpa lagi.
见 zàijiàn (cai ciyen)

No comments:

Post a Comment