Saturday, 1 October 2016

Belajar di SJKC, bagaimana ?

Entri 8
Teks : Siti Hawa othman 

Foto : Siti Hawa othman

Assalammualaikum.
Bagi Cikgu hawa @ hawa laoshi , belajar di SJKC amat seronok. Mungkin disebabkan dulu sewaktu usia yang muda (kecil), laoshi tidak berani membantah aturan mak & ayah. Sokongan dan bimbingan yang mak & ayah laoshi berikan tidak ternilai. Mereka la yang bersusah payah memantau persekolahan laoshi.
Mak & Ayah laoshi tidak mempunyai pendidikan bahasa Mandarin, dan kami juga bukan keturunan cina. Ayah laoshi orang pontian (ada keturunan bugis) , Mak pula orang teluk intan. Jadi, laoshi boleh berbahasa mandarin pun bermula dari pendidikan di sekolah bermula seawal usia 5 tahun hingga menengah atas (tingkatan 6).
Belajar di SJKC  memerlukan kerajinan yang tinggi sedikit.

Ada tiga sebab yang  boleh laoshi kongsikan ialah : -

1. Kerja sekolah di SJKC lebih banyak, setiap hari pasti ada kerja sekolah yang perlu dibuat (tapi bukanlah semua subjek).
2. Kalau sesiapa pernah belajar bahasa mandarin, anda akan tahu bahawa tulisan cina itu berbentuk logogram, susah untuk menulis dengan strok atau baris yang banyak. ini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding menulis abjet ABC.

3. Kerja sekolah wajib hantar kalau tidak mahu di denda. Denda kebiasaannya ada dua jenis : pertama denda rotan , kedua denda tolak markah. Disebabkan denda yang dikenakan agak berat (bagi laoshi) , jadi kerja sekolah yang diberi pasti laoshi akan cari jalan untuk siapkan.
Secara kesimpulannya, belajar di SJKC melatih laoshi menjadi lebih rajin, lebih bertanggungjawab , lebih disiplin, lebih berdikari dan lebih berdaya saing.

Bagi ibubapa yang anaknya sekolah di sekolah cina atau SJKC, berikan lebih sokongan dan bantula mereka mana yang boleh. Sekoga suatu hari nanti mereka akan berterima kasih pada anda sebagai ibu bapa.
Terima kasih yang tidak terhingga buat mak (pn. laila mariam)  dan ayah (hj. othman) laoshi di atas pengorbanan yang diberikan pada laoshi dalam pendidikan bahasa Mandarin.

baikla, itu sahaja perkongsian laoshi kali ni. 


Semoga kita berjumpa lagi.
谢谢大家。
Xièxiè dàjiā.


再见。
Zàijiàn..